Wanita.

WANITA TAREEM

Tareem? Apakah?

Tareem ialah Nama tempat dan aku amat mengkagumi sifat wanita Tareem.
Subhanallah!
Mereka amat menjaga kehormatan diri, aurat, sopan santun.

Ma Syaa Allah, nak dibandingkn diri ini dengan mereka.
Allahu memang malu rasanya.
Tak tahu nak sorok muka ni dekat mana.

Mereka dilahirkan dengan persekitaran taman² Syurga.

Haa? Taman Syurga? Ada ke?

Ada Taman Syurga tu ialah majlis² ilmu. Kata² mereka hanya tentang Al-Quran, sunnah, hadis dan tentang akhirat. Mereka tak kenal erti muzik.
Maknanya mereka tak pernah dengar muzik² lagho. Yang merosakkan hati dan menghitamkan hati mereka.

Mereka juga tak pernah melihat lelaki selain kaum kerabat.

Ma syaa Allah !! ada ke wanita macam tu di zaman era sekarang ni?

Ada merekalah wanita2 Tareem.

Bila mereka berkahwin dan ditanya apakah perasaan mereka,
mereka akan menjawab :
” Ianya sungguh pelik, kerana aku tidak pernah bersama dengan lelaki selain daripada kaum kerabat. Dan yang paling pelik, ada seorang lelaki di dalam bilik aku. “

Hahaha, Ya Allah. Sungguh mereka menjaga diri mereka.

Tak pernah menggatal cari lelaki. Kadang, mereka tak akan memilih jalan yang ada lelaki. Dan mungkin, mereka tak akan lalu jalan tu.

SubhanAllah.

Macam bunga mawar. Cantik dipandang, terapi susah untuk disentuh kerana Berduri.

Sungguh, aku malu dengan mereka. Malu sangat². Sebab aku tau, aku tak setanding wanita-wanita Tareem.

Tutur hati wanita Tareem:

” Aku tidak pernah mengenali mana² lelaki.
Tidak pernah berkata² dengannya. Apatah lagi bersua muka. Oleh kerana ketaatan kepada ibubapa, aku redha dengan pilihan mereka. Tidak kira bagaimanakah rupa si dia, aku akan selalu bersangka baik padanya dan aku akan menerimanya seadanya. “

Allah, Allah, Allah.

Mampukah kita menjadi seperti mereka? Mampukah?

In syaa Allah, kita boleh.
Kita boleh jadi seperti mereka.

Siapa kata kita tak boleh?
Praktikkn dari sekarang. Cuba tukar muzik² yang lagha kepada bacaan² mp3 ayat Al-Quran di halwa telinga. Nasyid, zikir².

Bila kau dengar semua tu, dan hati kau mengikut, kau dah dapat pahala.
In sha Allah, hati kau pun akan bersih.

Subhanallah, senangkan nak dapat pahala ni?

Lepastu, mungkin kita tak boleh nak elak dari berjumpa dengan lelaki. Tetapi kau boleh cuba tundukkan pandangan. Orang putih kata, lower your gaze. Boleh kan?

Habis, kalau nak bercakap pulak?

Emmm… kalau nak bercakap pun cuba untuk rendahkan suara.
Means, janganlah terjerit², terpekik terlolong. Jangan sampai boleh menarik perhatian. Tapi rendahkan suara tu janganlah sampai tahap berbisik.
Cukuplah percakapan tu jelas dan dapat difahami.
Lower your gaze semasa nak bercakap.

Bercakap dekat tempat yang ramai orang. Bercakap tentang hal yang penting je.
Kalau nak bercakap tentang, ‘Dah makan ke belum?’ ‘Sihat ke tak?’
Lebih baik batalkan niat tuu.

Hahaha, bukan apa.
Cakap nak jadi macam wanita Tareem.

Always lower your gaze, dear.

” Andai lahirnya seorang anak perempuan itu, biarlah dia menjadi seperti Saidatina Aisyah, isteri Rasulullah ﷺ, kerana dunia masih lagi kekurangan wanita solehah sepertinya. “
Wallahu’alam..

-Mawar Berduri-

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s